Soalan Lazim

on .

1. Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan oleh IPHAM dengan Institut Latihan Awam yang lain?

IPHAM merupakan sebuah pusat yang memberi fokus khusus kepada aspek akidah untuk melahirkan kader-kader yang mampu berhadapan dengan masyarakat mengikut perkembangan dan ancaman semasa akidah umat Islam.

2. Apakah  berlaku pertindihan fungsi antara IPHAM dan ILIM?

Fungsi IPHAM tidak bercanggah dengan ILIM memandangkan IPHAM diklusterkan sebagai Pusat Latihan Akidah dan diletakkan dibawah Bahagian Dakwah JAKIM.

3. Siapakah yang sasaran menyertai kursus anjuran IPHAM?

IPHAM mempunyai tiga unit yang bertanggungjawab sepenuhnya menganjurkan dan menyelaras program /aktiviti dan pentadbiran; iaitu :

    • Pusat Perkaderan (PPA)
    • Pusat Pemantapan dan Ilaj (PPI)
    • Unit Khidmat Pengurusan (UKP)

4. Siapakah yang sasaran menyertai kursus anjuran IPHAM?

Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia; iaitu:

    • Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    • Kader-Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    • Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
    • Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
    • Jabatan Mufti Negeri (JMN)
    • Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
    • Guru-Guru Pendidikan Islam dan Guru-guru J-QAF
    • IPHAM juga menerima dan menawarkan permohonan daripada pegawai pelbagai jabatan kerajaan yang berminat.

5. Bagaimanakah prosedur permohonan kursus anjuran IPHAM?

Berikut adalah prosedur permohonan kursus :

    • IPHAM akan menganjurkan kursus berdasarkan perancangan tahunan Program Kursus/Aktiviti IPHAM. Pada setiap awal bulan, IPHAM akan mengeluarkan surat tawaran kursus kepada agensi agama Islam seluruh Malaysia dan agensi yang berkaitan.
    • Pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat perlu memohon melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada Pengetua IPHAM.
    • Borang Permohonan Kursus boleh dicapai melalui website IPPAM, http://ipham.islam.gov.my. Permohonan yang lengkap perlu difaks ke talian 06-611 3950 untuk tindakan lanjut.

6. Bolehkan permohonan kursus dibuat secara online?

Buat masa sekarang IPHAM belum bersedia menerima permohonan kursus secara online.

7. Adakah kursus anjuran IPHAM dikenakan sebarang bayaran?

Kursus anjuran IPHAM adalah ditanggung penginapan, makan dan minum kepada semua peserta. Manakala Pengangkutan perlu disediakan oleh pihak agensi/jabatan dan persendirian.

8. Berapa tempoh kursus anjuran IPHAM?

Kursus jangka pendek mengambil masa antara tiga hingga lima hari. Manakala kursus jangka panjang mengambil masa antara dua hingga empat minggu.

9. Adakah pihak IPHAM menyediakan kemudahan penginapan,pengangkutan dan makan/minum kepada perserta kursus?

Kursus anjuran IPHAM lengkap dengan pakej penginapan dan makan/minum. Pengangkutan perlu disediakan oleh pihak agensi/jabatan dan persendirian.

10. Apakah kemudahan lain yang disediakan oleh IPHAM?

Antara kemudahan yang disediakan oleh IPHAM adalah:

  • Bangunan Pejabat Pentadbiran
  • Perpustakaan
  • 2 Dewan/bilik kuliah berhawa dingin( 1 Bilik Kuliah boleh memuatkan 60 orang )                
  • Surau Al-Muttaqin
  • Dewan Besar Al-Ghazali yang boleh memuatkan seramai 300 orang dalam satu masa
  • Padang sepak takraw/badminton
  • Koperasi
  • Dewan Makan Siti Khadijah
  • 3 Bangunan Asrama Dorm (boleh memuatkan 93 orang)
  • 1 Bangunan Asrama Khas (16 bilik : satu bilik 2 orang)   
  • 4 Bilik Kaunseling
  • Rumah Tetamu Khas Abu Ayyub Al-Ansari (5 Bilik)
  • Rumah Tetamu Khas Pengetua Muaz Bin Jabal  (4 Bilik)
  • Kemudahan Sukan
  • Medan Badar ( Jungle Trekking )
  • Rumah kakitangan / rumah urusetia dan fasilitator ( 17 buah )

 11. Adakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator dari dalam dan luar IPHAM?

Kepakaran pegawai IPHAM dalam bidang kursus akidah adalah terhad. Oleh itu, IPHAM menjalin kerjasama dengan agensi berikut untuk mendapatkan tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator :

  • JAKIM
  • Majlis Agama Islam Negeri
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Jabatan Mufti Negeri
  • Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Tenaga profesional dari orang perseorangan

12. Bagaimanakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator luar dapat memberi sumbangan bakti dalam bidang kemahiran dan kepakaran yang diperlukan oleh IPHAM?

IPHAM sentiasa membuka ruang dan peluang kepada tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator luar yang berminat. Setiap permohonan perlu dialamatkan kepada Pengetua IPHAM.

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 50
Minggu Ini 224
Bulan Ini 1507
JUMLAH 43640