Perutusan Pengetua IPHAM

Written by Super User on .

 

 

 Us Che Musa Frame

salam assalamualaikum

 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat dan kasih sayangNya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW berserta ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

 

Seiring dengan hambatan masa dan tuntutan semasa memerlukan Pusat Pemantapan Akidah (PPA) melangkah dengan lebih gagah berpaksikan tindakan secara menyeluruh dengan mengintegrasikan cetusan fikrah yang lalu untuk disesuaikan dengan tuntutan semasa yang lebih relevan.

 

Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) sebagai Institusi Latihan JAKIM mempunyai kepentingan yang signifikan. Kelahirannya yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurusan JAKIM pada 18 Mac 2015 merupakan proses penjenamaan semula daripada nama asal Pusat Pemantapan Akidah (PPA) yang telah ditubuhkan pada tahun 1996. Kini IPHAM berdiri gagah memikul tanggungjawab membangunkan modal insan khusus dalam bidang perkaderan akidah. 

 

 

Oleh yang demikian, dalam konteks meningkat keberkesanan dan kecekapan, IPHAM komited untuk:

  1. Meningkatkan taraf keprofesionalan kader dan penceramah akidah sebagai pendidik, pengajar dan agen yang menjadi benteng masyarakat berkaitan isu-isu akidah;
  2. Memperkembangkan secara sistematis dan tepat isu semasa akidah berteraskan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
  3. Menjadi institusi rujukan akidah pertama seumpamanya di peringkat nasional.

Saya menaruh harapan semoga dengan pelancaran website dan penjenamaan semula Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) memberi nafas baharu kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia khususnya dan global amnya untuk mengikuti perkembangan semasa isu-isu akidah di Malaysia.

 

Akhir kata saya mengharapkan agar agenda untuk memperkasakan agenda ummah sentiasa diberkati dan mendapat sokongan semua pihak.

 

Salam Hormat,

 

Che Musa bin Che Hamat

Pengetua

Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia(IPHAM)

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 10
Minggu Ini 479
Bulan Ini 1048
JUMLAH 52280