Latar Belakang

Written by Super User on .

Pusat Pemantapan Akidah (PPA) merupakan salah sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk memulih individu atau kumpulan yang telah disabitkan kesalahan kerana terpengaruh dengan ajaran sesat agar kembali insaf dengan mengamalkan semula ajaran Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

 

Pusat yang dibina pada tahun 1996 dan mula beroperasi pada tahun 1999 ini dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akidah telah dibangunkan di atas kawasan seluas 10 ekar terletak di Lot No. 720, Mukim Gelami Lemi, Jelebu Negeri Sembilan.

Pada tahun 2007, Mesyuarat Pengurusan JAKIM yang bersidang pada 22 Januari 2007 telah memutuskan agar Pusat Pemulihan Akidah dibuat penjenamaan semula dengan menggunakan nama baharu iaitu Pusat Pemantapan Akidah seiring dengan perubahan masa dan peranan yang perlu dilaksanakan.

 

OBJEKTIF /MISI/VISI & FALSAFAH AWAL PENUBUHAN

Objektif awal penubuhan PPA adalah untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan akidah dan kaunseling kepada individu/kumpulan menyeleweng akidah atau yang menghadapi masalah berhubungkait dengan permasalahan akidah.

Objektif operasi PPA adalah seperti berikut:

  1. Melaksanakan program/aktiviti pemulihan kepada pesalah-pesalah akidah berdasarkan keputusan mahkamah
  2. Menjalankan program kursus dan kaunseling mengenai akidah dan kemasyarakatan kepada kumpulan sasar; dan
  3. Membantu pihak berkuasa agama negeri dalam melaksanakan program pemulihan akidah bagi mengurangkan dan membendung penyebaran ajaran yang menyeleweng di negeri-negeri.

Sesuai dengan penubuhannya, PPA beroperasi berteraskan halatuju sebagaimana berikut:

Misi

Memulih dan memurnikan akidah peserta yang terlibat

Visi

Memberi pendedahan ilmu yang sebenar mengenai Islam kepada peserta agar kembali ke pangkal jalan

Falsafah

Mengembalikan kesedaran dan keinsafan mereka yang terlibat dengan penyelewengan akidah Islam berdasarkan kepada pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan bertaubat dan kembali kepangkuan masyarakat yang diredhai Allah.

 

TRANSFORMASI DAN PENJENAMAAN SEMULA

Bagi memenuhi kehendak semasa dan inspirasi masyarakat, PPA perlu   kepada satu transformasi sama ada yang berbentuk keperluan mahupun tuntutan untuk disesuaikan dengan keadaan yang lebih relevan.Menyedari juga betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh JAKIM dalam melahirkan masyarakat yang bebas daripada ancaman bahaya ajaran sesat, PPA perlu diremajakan dengan melaksanakan penjenamaan semula sesuai dengan peranan dan fungsinya.

 

Pada Persidangan Meja Bulat PPA yang telah berlangsung pada 30 Januari 2015 di ILIM, ahli persidangan telah sebulat suara bersetuju mencadangkan agar PPA dinaik taraf dan ditransformasikan sebagai sebuah institusi yang melatih kader-kader akidah daripada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti. Ahli persidangan juga bersetuju mencadangkan agar:

 

  1. Nama Pusat Pemantapan Akidah Jelebu ditukar kepada Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPPAM) dan dikawal selia oleh satu lembaga penasihatnya sendiri;
  2. Program seperti NBOS diperingkat IPT perlu dikolaborasikan dan modul-modul yang dibangunkan hendaklah diperhalusi dan dimantapkan. Setiap modul perlu disemak dalam tempoh 5 tahun sekali serta kajian keberkesanan secara menyeluruh dilaksanakan dan didokumentasikan;
  3. Fungsi PPA tidak bercanggah dengan ILIM memandangkan PPA diklusterkan sebagai Pusat Latihan Akidah dan diletakkan dibawah Bahagian Dakwah JAKIM;
  4. Agar pihak JAKIM/PPA membangunkan modul latihan akidah mengikut kehendak pelanggan dalam isu-isu akidah dan hendaklah selari dengan realiti semasa; dan
  5. PPA perlu membuka lembaran baru dengan melatih para kader yang terdiri daripada Pegawai-pegawai JAKIM, JAIN, MAIN, Penyelia KAFA, Pegawai Penyelaras Masjid, Penggerak Masyarakat Orang Asli, Guru KAFA dan seumpamanya sebagai benteng dan pembimbing masyarakat daripada terjebak ke dalam ajaran yang bercanggah dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Hasilnya, pada 18 Mac 2015, Mesyuarat Pengurusan JAKIM telah bersetuju agar PPA dijenamakan semula setelah mempertimbangkan semua aspek dan peranan yang perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian PPA secara rasmi telah dinamakan sebagai Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM).

 

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 48
Minggu Ini 222
Bulan Ini 1505
JUMLAH 43638