Berita Semasa

KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN PEMANTAPAN AKIDAH SIRI 3/2017

Written by Ahmad Mawardi Mohd Jait on .

Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia, JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan melalui Kluster Pemantapan & Ilaj (KPI) telah berjaya menganjurkan Kursus Pembangunan Sahsiah Dan Pemantapan Akidah Siri 3/2017 bertempat di Dewan Hasan Al- Basri, IPHAM. Kursus ini bermula pada 16 hingga 18 Mei 2017 iaitu 3 hari 2 malam yang disertai 30 orang peserta dan 2 orang urus setia daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah.

           

Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk menyebarkan dan menjelaskan konsep akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang sebenarnya kepada anggota dan kakitangan IPD tersebut mengenai situasi semasa dalam negara kita ini. Selain daripada itu juga, program ini turut memberi pendedahan tentang penyelewengan akidah dan pemikiran semasa yang berlaku seperti Syiah, Wahabi, ajaran sesat, ekstremisme agama, liberalisme, pluralisme, sekularisme dan lain-lain lagi. Turut didedahkan mengenai perancangan dan gerakan musuh Islam yang cuba mencemari kesucian Islam dan juga menggugat keutuhan pegangan umat Islam.

           

Penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YDH ACP Mohd Rozi bin Jidin, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak IPHAM diatas kerjasama yang diberikan dan berharap kursus ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. 

 

KS 01

 

KS 02

 

KS 03

 

KS 04

 

KS 05

 

KS 06

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 30
Minggu Ini 499
Bulan Ini 1068
JUMLAH 52300