Berita Semasa

JEJAK UKHUWAH DI MASJID RAHMAN PUTRA Al-HAJ, YAN KEDAH, KEDAH DARUL AMAN

Written by Ahmad Mawardi Mohd Jait on .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri  Kedah , Pejabat Agama Daerah Yan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Rahman Putra Al-Haj, Yan Kechil bersama-sama turun padang bagi menjayakan “Program Jejak Ukhwah” bersempena dengan Karnival ~i~ Media Baharu, Kedah 2017. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 2 hingga 3  Mei 2017 bertempat di Masjid Rahman Putra Al-Haj, Yan Kechil, Daerah Yan, Kedah Darul Aman. 

 

Program ini merupakan program yang kedua  dianjurkan oleh pihak IPHAM untuk mendekati masyarakat  khususnya melalui konsep turun padang dan bersemuka agar mereka merasai keprihatinan pihak kerajaan terhadap kehidupan yang dilalui. Program Jejak Ukhwah ini dimulai dengan acara gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran perkuburan Islam yang bersebelahan masjid. Seterusnya ahli jawatankuasa masjid bergotong-royong bersama  menyembelih 2 ekor lembu untuk dimasak dan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gotong-royong ini mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk setempat dan juga ahli jawatankuasa.

 

Perasmian program telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Amran bin Awaludin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jakim. Selesai sahaja majlis perasmian satu ceramah khas yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mushadad bin Hasbullah daripada USIM dengan tajuk “Kepentingan Penghayatan Wasatiyyah Dalam Akidah”. Seramai 500 orang telah menghadiri majlis pada malam itu. Pada keesokkan pagi, telah diadakan qiamullail bersama Jemaah penduduk setempat. Program diteruskan , dengan solat subuh berjemaah dan juga kuliah subuh yang telah disampaikan oleh YBhg.Tuan Syeikh Zainul Mukhtar bin Abdullah Sirajuddin; Pegawai Agama Daerah Yan dengan tajuk “Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah”.

 

Program seperti ini perlu diteruskan lagi kepada masyarakat luar bandar dalam usaha melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa. Dengan program seperti itu, membolehkan masyarakat kampung mendalami mesej agama yang disampaikan. Melalui kaedah ini juga, kita mampu melahirkan insan bersahsiah, berbudi pekerti mulia dan berakhlak tinggi di samping mewujudkan perasaan kasih sayang serta saling membantu dalam komuniti Islam. Pihak IPHAM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

 

 JU2 01

 JU2 02

 

JU2 04

 

JU2 05

 

JU2 06

 

JU2 06 1

 

JU2 07

 

JU2 08

 

JU2 09

 

JU2 10

 

JU2 11

 

JU2 12

 

JU2 13

 

JU2 14 1

 

JU2 14

 

JU2 15

 

JU2 16

 

JU2 17

 

JU2 18

 

JU2 19

 

JU2 20

 

JU2 21

 

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 19
Minggu Ini 488
Bulan Ini 1057
JUMLAH 52289