Berita Semasa

SEMINAR SUFI MENURUT PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 3

Written by Ahmad Mawardi Mohd Jait on .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) dengan kerjasama Majlis ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Institut Wasatiyyah Malaysia dan Jakim cawangan Sabah dalam menganjurkan Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 3 pada 27 April 2017 di Dewan Saadah, Wisma Muis Sabah.

 

Pihak Jakim merakamkan jutaan terima kasih kepada YB. Datuk Haji Mohd. Ariffin Mohd Arif Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri di atas kesudian merasmikan seminar Ini. Jakim bersama agensi agama Islam negeri-negeri dengan dibantu agensi seumpamanya akan sentiasa berusaha bagi memastikan kemurniaan akidah umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara dan sentiasa mengambil berat tentang pengajaran yang boleh diperolehi daripada ilmu tasawuf. Nilai-nilai murni yang ada pada ilmu tasawuf perlu diperluaskan lagi kepada semua ilmu teras dan cabang-cabangnya, seperti mana yang  dituntut oleh agama Islam.

 

Ucapan penghargaan ditujukan khas  buat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di atas kesudian menjadi tuan rumah seminar kali ini. Kepada rakan strategik penganjur, Majlis Ugama Islam Negeri Sabah, Pejabat Mufti kerajaan Negeri Sabah dan Institut Wasatiyyah Malaysia terima kasih di atas jalinan kerjasama. Semoga ia dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Teks ucapan Ketua Pengarah Jakim telah dibacakan oleh YBhg. Ustaz Mazlan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Dakwah, Jakim.

SS01

 

SS01 1

 

SS02

 

SS03

 

SS04

 

SS06

 

SS07

 

SS08

 

SS09

 

SS010

 

SS011

 

SS012

 

SS013

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 65
Minggu Ini 239
Bulan Ini 1522
JUMLAH 43655