Berita Semasa

KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN PEMANTAPAN AKIDAH SIRI 2/2017

Written by Ahmad Mawardi Mohd Jait on .

Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia, JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan melalui Kluster Pemantapan & Ilaj (KPI) telah berjaya menganjurkan Kursus Pembangunan Sahsiah Dan Pemantapan Akidah Siri 2/2017 bertempat di Dewan Hasan Al- Basri, IPHAM. Kursus ini bermula pada 11 hingga 13 April 2017 iaitu 3 hari 2 malam yang disertai 32 orang peserta dan 3 orang urus setia daripada Badan Agama Dakwah & Rohani, Sek Men Keb Taman Tuanku Ja’afar, Senawang, Negeri Sembilan.

 

Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk menyebarkan dan menjelaskan konsep akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang sebenarnya kepada pelajar dan pendidik mengenai situasi semasa dalam negara kita ini. Selain daripada itu juga, program ini turut memberi pendedahan tentang penyelewengan akidah dan pemikiran semasa yang berlaku terkini seperti Syiah, Wahabi, ajaran sesat, ekstremis agama, liberalisme, pluralisme, sekularisme dan lain-lain lagi. Turut didedahkan mengenai perancangan dan gerakan musuh Islam yang cuba mencemari kesucian Islam dan juga menggugat keutuhan pegangan umat Islam.

               

Pihak IPHAM berharap pihak sekolah hendaklah sentiasa peka dan sensitif serta amat mengambil berat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, memandangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah berteraskan Asya’irah menjadi pegangan utama umat Islam di negara ini. Pegangan akidah yang tidak berlandaskan al-Quran dan Hadis akan memberi kesan yang negatif dan merbahaya kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Penyimpangan akidah seumpama ini akan menyebabkan umat Islam hidup di dalam suasana kacau bilau, pecah belah dan bercakaran sesama sendiri yang akhirnya akan memberi peluang kepada musuh-musuh Islam menghancurkan keamanan dan kestabilan umat Islam di negara ini.

 

PP1 S2 01   

PP1 S2 02

 

PP1 S2 03

 

PP1 S2 04

 

PP1 S2 05

 

PP1 S2 06           

PP1 S2 07

 

 

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 24
Minggu Ini 493
Bulan Ini 1062
JUMLAH 52294