Berita Semasa

JEJAK UKHWAH PERKAMPUNGAN NELAYAN TOK BALI 2017

Written by Ahmad Mawardi Mohd Jait on .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK), Pejabat Agama Daerah Pasir Puteh dan Ahli jawatankuasa Masjid As-Syakirin, Mukim Air Tawar, Pasir Puteh Kelantan bersama-sama menjayakan “Program Jejak Ukhwah di Perkampungan Nelayan” bersempena dengan Karnival ~i~ Nelayan Tok Bali 2017. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 21 hingga 22 Mac 2017 bertempat di Masjid As-Syakirin, Mukim Air Tawar, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. 

 

Jakim sentiasa meneruskan peranan dengan memperkasakan agenda dakwah ke arah pembentukan khaira ummah melalui usaha menjalinkan kerjasama dan membina rangkaian dakwah untuk memantapkan lagi kefahaman melalui IPHAM yang sentiasa berusaha memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dakwah kepada setiap lapisan masyarakat melalui pelbagai medium antaranya penganjuran jejak ukhwah ini untuk bertemu masyarakat di perkampungan nelayan. Program ini merupakan program yang pertama yang dianjurkan oleh pihak IPHAM untuk mendekati masyarakat nelayan khususnya melalui konsep turun padang dan bersemuka agar mereka merasai keprihatinan pihak kerajaan terhadap kehidupan yang dilalui.

 

Program jejak Ukhwah ini dimulai dengan program gotong-royong menyembelih 2 ekor lembu untuk dimasak dan akan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gotong-royong ini mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk setempat dan juga, ahli jawatankuasa Masjid As-Syakirin. Program ini bermula dengan solat maghrib berjemaah, selesai solat maghrib perasmian program telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Ruslan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jakim. Beliau juga telah menyempurnakan gimik penyampaian beras kepada Pengerusi masjid tersebut. Selesai sahaja majlis perasmian satu ceramah khas yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mushaddad bin Hasbullah daripada USIM dengan tajuk “Kepentingan Penghayatan Wasatiyyah Dalam Akidah”. Seramai 500 orang telah menghadiri majlis pada malam itu. Pada malam tersebut juga telah diadakan qiamullail untuk pelajar-pelajar sekolah, pelajar tahfiz yang berdekatan dan lain-lain telah menyertai qiamullail tersebut. Selesai qiamullail program diteruskan lagi, dengan solat subuh berjemaah dan juga kuliah subuh yang telah disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Pasir Puteh. Sebelum bersurai para tetamu telah dihidangkan dengan sarapan pagi dan seterusnya program gotong-royong untuk membersihkan kawasan masjid dan bersurai.

 

Program seperti ini perlu diteruskan lagi kepada masyarakat luar bandar dalam usaha melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa. Dengan program seperti itu, membolehkan masyarakat kampung termasuk petani dan nelayan mendalami mesej agama yang disampaikan. Melalui kaedah ini juga, kita mampu melahirkan insan bersahsiah, berbudi pekerti mulia dan berakhlak tinggi di samping mewujudkan perasaan kasih sayang serta saling membantu dalam komuniti Islam. Pihak IPHAM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

 

JUTB 01

 

JUTB 02

 

JUTB 03

 

JUTB 04

 

JUTB 05

 

JUTB 06

 

JUTB 07

 JUTB 08

 

JUTB 09

 

JUTB 10

 

JUTB 11

 

JUTB 12

 

JUTB 13

 

JUTB 14

 

JUTB 15

 

JUTB 16

 

JUTB 17

 

JUTB 19

 

JUTB 20

 

JUTB 21

 

JUTB 22

 

JUTB 23

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 63
Minggu Ini 237
Bulan Ini 1520
JUMLAH 43653