Berita Semasa

KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN PEMANTAPAN AKIDAH SIRI 1/2017

Written by Ahmad Mawardi Mohd Jait on .

Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia, JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan melalui Kluster Pemantapan & Ilaj (KPI) telah berjaya menganjurkan Kursus Pembangunan Sahsiah Dan Pemantapan Akidah Siri 1/2017 bertempat di Dewan Al-Ghazali, IPHAM. Kursus ini bermula pada 14 hingga 16 Mac 2017 iaitu 3 hari 2 malam yang disertai 35 orang peserta dan 5 orang urus setia daripada Sekolah Tunas Bakti Sg. Lereh Melaka, dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

 

Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk menyebarkan dan menjelaskan konsep akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang sebenarnya kepada pelajar mengenai situasi semasa dalam negara kita ini. Selain daripada itu juga, kursus ini turut memberi pendedahan tentang penyelewengan akidah dan pemikiran semasa yang berlaku terkini seperti Syiah, Wahabi, ajaran sesat, ekstremis agama, liberalisme, pluralisme, sekularisme dan lain-lain lagi. Turut didedahkan mengenai perancangan dan gerakan musuh Islam yang cuba mencemari kesucian Islam dan juga menggugat keutuhan pegangan umat Islam.

 

Pihak IPHAM berharap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah sentiasa peka dan sensitif serta amat mengambil berat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, memandangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah berteraskan Asya’irah menjadi pegangan utama umat Islam di negara ini. Pegangan akidah yang tidak berlandaskan al-Quran dan Hadis akan memberi kesan yang negatif dan merbahaya kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Penyimpangan akidah seumpama ini akan menyebabkan umat Islam hidup di dalam suasana kacau bilau, pecah belah dan bercakaran sesama sendiri yang akhirnya akan memberi peluang kepada musuh-musuh Islam menghancurkan keamanan dan kestabilan umat Islam di negara ini. 

 

PPS S101

 

PPS S102

 

PPS S103

 

PPS S104

 

PPS S105

 

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 70
Minggu Ini 244
Bulan Ini 1527
JUMLAH 43660