Berita Semasa

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM SIRI 2/2017

Written by Ahmad Mawardi Mohd Jait on .

Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia, JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan melalui Kluster Pemantapan & Ilaj (KPI) telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Akidah Dan Pemikiran Islam Siri 2/2017 bertempat di Dewan Hasan Al- Basri, IPHAM. Kursus ini bermula pada 21 hingga 23 Februari 2017 iaitu 3 hari 2 malam yang disertai 30  orang peserta daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka dan Institut Pemulihan Dadah Jelebu (Jabatan Penjara Malaysia) Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk menyebarkan dan menjelaskan konsep akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang sebenarnya kepada pelajar dan pendidik mengenai situasi semasa dalam negara kita ini. Selain daripada itu juga, kursus ini turut memberi pendedahan tentang penyelewengan akidah dan pemikiran semasa yang berlaku terkini seperti Syiah, Wahabi, ajaran sesat, ekstremis agama, liberalisme, pluralisme, sekularisme dan juga perbandingan agama. Turut didedahkan mengenai perancangan dan gerakan musuh Islam yang cuba mencemari kesucian Islam dan juga menggugat keutuhan pegangan umat Islam.

 

Pihak IPHAM berharap semua pihak dapat membantu pihak berkuasa agama terutama JAKIM dalam mengurangkan dan membendung penyebaran ajaran yang menyeleweng di negeri-negeri, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan serta sentiasa peka dan sensitif, mengambil berat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, memandangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah(ASWJ) berteraskan Asya’irah menjadi pegangan utama umat Islam di negara ini.Disamping itu juga,bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para penjawat awam dalam isu-isu akidah di Kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan lain- lain supaya dapat menyebarkan ilmu yang diperolehi dan seterusnya mampu berhadapan dengan isu-isu semasa. 

PPI S201

PPI S202

PPI S203

PPI S204

PPI S205

PPI S206

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

Pusat Latihan Jakim

 

Pautan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kemusykilan Agama islamgrid logo jakimtv
 logo halal Logo tilawah MyJakim  

Bilangan Pengunjung

Hari Ini 72
Minggu Ini 246
Bulan Ini 1529
JUMLAH 43662